29.9.12

Persiapan Terakhir.



Assalamualaikum dan selamat pagi. Diharapkan semua pembaca blog saya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Agak lama juga saya tidak mengemaskini blog saya. Kali terakhir saya berbuat demikian adalah pada 19hb yg lalu. Dalam seminggu jugak kan? ^^

Pada 21hb yang lepas, saya telah menyertai kem AFS. Kalau nak diceritakan tentang AFS, sampi bila-bila pun tak habis, jadi saya ringkaskan lah. Afs ni adalah organisasi yang mengendalikan program pertukaran pelajar. Jadi saya menjadi sukarelawan untuk berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar dari luar negara yang baru 3 bulan di Malaysia. Kem tersebut telah diadakan di Pusat Rekreasi Ulu bendul, Negeri Sembilan.

Nak diceritakan, pada hari Jumaat tu semua perkara serba tak kena. Pkul 12 saya ada temu janji dgn penterjemah dokumen. Tapi disebabkan jalan sesak pkul 1 baru saya smpi sana. Sebelum tu dah sms dia ckap saya smpi dlm pkul 12:30 sbb train delay. Nak cover la masa sikit. Tapi kita yang merancang  Allah yang menentukan. Sampaikan org tu cakap dia tak boleh nak tunggu lagi. Tapi nasib baik saya sempat sampai.

Alhamdulillah, sekarang semua dokumen telah pun siap. Saya hanya menunggu Invitation Letter dari keluarga angkat saya di sana dan juga mengambil peperiksaan bahasa German A1 nanti. Diharapkan semuanya berjalan dengan lancar. Mohon doa dari kalian semua agar perjalanan saya dipermudahkan Allah S.W.T.

Perkara terakhir yang saya akan lakukan ialah menempah tiket penerbangan. Kalau boleh nak cari yang paling murah. Syukur lah Kuwait Airways menawarkan harga yang paling rendah setakat ni. RM1254 termasuk cukai. Tetapi setiap perkara yang  baik mestilah perlu berkorban. Perjalanan dijangka selama 18 jam. Saya akan mendarat di Kuwait dan menunggu selama 4 jam sebelum penerbangan seterusnya ke Frankfurt. ^^

Insyaallah segalanya akan berjaya. Terima Kasih di atas sokongan kalian.

Salam Ukhuwah

Farhan.


No comments: