7.9.12

Hari Pertama




 Hari ni saya telah pergi ke Goethe Institute Malaysia yang terletak di Menara See Hoy Chan, Jalan TunRazak, Kuala Lumpur. Tujuan utama saya adalah untuk mendaftar supaya saya dapat menduduki peperiksaan Bahasa German Level A1 pada 8 Oktober nanti. Saya memerlukan sijil tersebut untuk membantu saya dalam permohonan VISA. 

Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur


 Sebelum itu saya tidak pasti sama ada saya akan mengambil peperiksaan A1 atau A2. Setelah berbincang dengan Ketua Bahasa di Goethe Institute(GI), saya dinasihatkan supaya pergi ke Kedutaan Jerman terlebih dahulu dan menyatakan hasrat saya untuk ke sana. Sebelum ni saya pernah lihat di laman web kedutaan bahawa mereka memerlukan sekurang-kurangnya sijil bahasa jerman A1. Mujurlah  ada yang sudi untuk menjadi keluarga angkat saya di sana. Kalau tidak saya diharuskan untuk mempunyai 8000 Euro di dalam akaun bank atau bersamaan RM24000. 



Saya telah dinasihatkan supaya memberitahu pihak kedutaan bahawa saya akan pergi ke sana bukan sebagai seorang pelajar universiti, tetapi saya akan tinggal bersama dengan satu keluarga dan akan ke sekolah tinggi untuk melakukan Abitur. Ini untuk mengelakkan daripada salah faham dan pengeluaran visa yang salah. Jika mereka mengeluarkan Student VISA, saya tidak dibenarkan untuk ke sekolah dan hanya boleh mengambil kursus bahasa sahaja.  Jadi saya akan melakukan yang terbaik untuk memperoleh VISA yang membolehkan saya untuk melakukan  Abitur.


Insyaallah, hari Isnin nanti saya akan ke kedutaan dan menyatakan hasrat saya untuk  ke Germany. Semoga saya mendapat kekuatan dan tidak melakukan kesalahan sewaktu di temu duga nanti.
Semoga berjaya Farhan! ewaaaah...! hehe.







Viele Grüße/ Best Regards
Farhan







No comments: