6.10.12
Berlin atau Hamburg
Alhamdulillah, saya masih lagi di beri kesempatan untuk melakar satu lagi coretan dalam blog ni. Maklumlah, kita tak tahu usia kita sampai mana. Selagi mana saya masih bernafas, Insyaallah saya akan teruskan perjuangan dan saya harap anda di luar sana berada dalam keadaan sihat. Bersyukurlah kerana kita dikurniakan nikmat kesihatan kerana di luar sana masih ada lagi saudara kita yang menderita kesakitan. Semoga mereka dipanjang umur dan dapat merasai kehidupan seperti kita.
Entry saya pada kali ini adalah berkaitan tentang tempat ataupun hala tuju ke mana saya akan pergi sewaktu saya berada di Germany nanti. Sekarang saya mempunyai dua pilihan sama ada Berlin ataupun Hamburg. Kalau diikutkan hati, memang saya akan memilih Hamburg. Maklumlah, dah pernah tinggal di sana selama setahun sebelum ni. Jadi, dah tahu pasarayanya dekat mana, masjid dekat jalan apa. Boleh dikatakan Insyaallah takkan sesat. Tapi saya mendapat jemputan dari seorang Muslim di Berlin. Saya panggil dia Kak Ami. Kak Ami masuk Islam masa umurnya masih muda. Dia selalu juga datang ke Malaysia dan akan berhijrah ke sini tak lama lagi. Kak Ami cakap dekat Berlin komuniti Islam sangat besar. Melalui Kak Ami jugalah saya kenal dgn Abg Nazri. Abg Nazri dah berkeluarga dan menetap di Berlin. Dia sedang mengambil PhD.
Di Hamburg, saya sudah mendapat pekerjaan di sebuah sekolah tarian. OOpps, saya tak ajar menari, tapi saya akan mengedarkan risalah sekolah tersebut. Saya kenal pemilik sekolah tu sebab anak dia kawan saya masa di sekolah dulu. Jika saya menetap di Berlin, Kak Ami juga boleh tolong untuk mendapatkan saya pekerjaan di sebuah restoran Indonesia. Mungkin masih terlalu awal untuk difikirkan. Tunggulah dulu. Bila dah di Germany nanti baru saya tentukan mana satu yang terbaik.
Dua hari yang pertama saya akan menetap di rumah Moritz. Kawan saya yang tinggal di Simmern. Dia juga yg akan menjemput saya di Frankfurt nanti. Jarak dari Frankfurt ke rumah dia pun hanya 1 jam perjalanan. Selepas itu saya akan pergi ke Berlin dan melihat suasana sekeliling. Sehari dua kemudian saya akan pergi ke Hamburg. Semoga pilihan yang saya akan buat adalah yang terbaik.
Tiket penerbangan telah pun ditempah. Penerbangan saya akan berlepas pada jam 3 pagi waktu Malaysia 23November 2012. Kalau anda semua berkesempatan, silalah dtg ke KLIA ye? Tapi zaman skrg ni bila dh ada fb, ucap selamat tinggal pun dkt wall je. haha. Sama la saya pun. ^^. Tapi flight ni akan mendarat dekat Kuwait dulu. Lepas 4 jam saya akan menaiki pesawat yang lain ke Frankfurt. Kalau tiada sebarang masalah, saya akan mendarat di Frankfurt pada pkul 15:00 iaitu pkul 9malam waktu Malaysia tarikh yang sama. Mesti pelik kan? Selalu klu naik flight jauh² mesti lah lebih sehari. Tapi tak semua. ^^
Semoga semuanya berjalan lancar.
P/s: This Monday is the German Exam! Doakan saya berjaya!
Your one and only.
Farhan Azmi
29.9.12
Persiapan Terakhir.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Diharapkan semua pembaca blog saya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Agak lama juga saya tidak mengemaskini blog saya. Kali terakhir saya berbuat demikian adalah pada 19hb yg lalu. Dalam seminggu jugak kan? ^^
Pada 21hb yang lepas, saya telah menyertai kem AFS. Kalau nak diceritakan tentang AFS, sampi bila-bila pun tak habis, jadi saya ringkaskan lah. Afs ni adalah organisasi yang mengendalikan program pertukaran pelajar. Jadi saya menjadi sukarelawan untuk berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar dari luar negara yang baru 3 bulan di Malaysia. Kem tersebut telah diadakan di Pusat Rekreasi Ulu bendul, Negeri Sembilan.
Nak diceritakan, pada hari Jumaat tu semua perkara serba tak kena. Pkul 12 saya ada temu janji dgn penterjemah dokumen. Tapi disebabkan jalan sesak pkul 1 baru saya smpi sana. Sebelum tu dah sms dia ckap saya smpi dlm pkul 12:30 sbb train delay. Nak cover la masa sikit. Tapi kita yang merancang Allah yang menentukan. Sampaikan org tu cakap dia tak boleh nak tunggu lagi. Tapi nasib baik saya sempat sampai.
Alhamdulillah, sekarang semua dokumen telah pun siap. Saya hanya menunggu Invitation Letter dari keluarga angkat saya di sana dan juga mengambil peperiksaan bahasa German A1 nanti. Diharapkan semuanya berjalan dengan lancar. Mohon doa dari kalian semua agar perjalanan saya dipermudahkan Allah S.W.T.
Perkara terakhir yang saya akan lakukan ialah menempah tiket penerbangan. Kalau boleh nak cari yang paling murah. Syukur lah Kuwait Airways menawarkan harga yang paling rendah setakat ni. RM1254 termasuk cukai. Tetapi setiap perkara yang baik mestilah perlu berkorban. Perjalanan dijangka selama 18 jam. Saya akan mendarat di Kuwait dan menunggu selama 4 jam sebelum penerbangan seterusnya ke Frankfurt. ^^
Insyaallah segalanya akan berjaya. Terima Kasih di atas sokongan kalian.
Salam Ukhuwah
Farhan.
17.9.12
Kembara Menggapai Impian
Pendakian menuju ke puncak gunung tidak banyak bezanya dengan perjalanan kita di dalam kehidupan terutamanya dalam menggapai impian. Sebelum pengembaraan bermula, kita telah pun menetapkan matlamat untuk menawan puncak gunung tersebut walau apa cara sekalipun. Namun begitu, setiap orang mempunyai matlamat berbeza.
Ada yang ingin sampai ke puncak untuk menyaksikan keindahan matahari terbit, ada yang ingin merakamkan keindahan puncak gunung sambil berposing, ada yang sekadar menambah jumlah gunung yang telah berjaya ditawan. Ada juga yang ingin membuat kajian tentang flora dan fauna yang wujud di situ, malah ada tidak kurang yang ingin merasai pengalaman berada di puncak gunung dan seterusnya boleh menceritakan pengalaman kesukaran dalam pendakian dan juga kebahagiaan apabila berjaya menawan puncak gunung tersebut.
Cuba kita kaitkan dengan matlamat kita dalam menggapai kejayaan. Semua orang menetapkan matlamat masing-masing. Namun matlamat setiap orang untuk berjaya adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang mengejar kejayaan semata-mata untuk menjadi kebanggaan keluarga dan masyarakat, ada yang ingin menjadi terkenal dan disanjung tinggi, ada yang ingin membuktikan diri sehebat dan setaraf dengan orang lain, ada juga yang ingin menjadi contoh tauladan dan inspirasi bagi orang lain supaya berusaha untuk menggapai impian seterusnya berjaya seperti dirinya.
Di sinilah kita dapat lihat betapa pentingnya matlamat dalam sesuatu tindakan kita. Alangkah ruginya kita seandainya matlamat yang kita tetapkan itu hanyalah semata-mata untuk kemegahan seterusnya mengundang kemurkaan Allah. Malah lebih rugi sekiranya kita tidak meletakkan sebarang matlamat dalam setiap tindakan kita kerana apa yang kita lakukan tanpa matlamat adalah sia-sia dan tiada nikmat kejayaan untuk kita raikan!
Seterusnya, pendakian bermula. Namun, terdapat banyak jalan atau kaedah yang dapat kita pilih untuk memastikan kita berjaya sampai ke puncak gunung bagi mencapai matlamat yang telah kita tetapkan. Antaranya dengan mendaki selangkah demi selangkah atau cara yang paling mudah dengan menaiki helicopter.
Jika kita guna kaedah mendaki dengan segala kudrat kita sendiri, terdapat lebih banyak cabaran dan juga pilihan. Kita akan berhadapan dengan banyak persimpangan jalan yang memerlukan kita membuat keputusan untuk memilih jalan mana yang terbaik untuk dilalui. Dalam masa yang sama, kita akan berhadapan dengan makhluk-makhluk lain seperti pokok-pokok, pendaki-pendaki lain, serangga dan lain-lain. Kita juga dapat berjumpa dengan insan-insan lain yang tidak berjaya sampai ke puncak, bersandar di batang pokok dan berputus asa.
Semua itu menjadikan kita lebih bersemangat untuk meneruskan pendakian kerana kita tidak mahu menjadi seperti mereka. Malah kita mungkin akan berhenti sekejap untuk memberikan dia sedikit semangat untuk meneruskan langkah ke puncak. Sekiranya kita terjatuh, ada insan lain yang akan menghulurkan tangan untuk membantu kita bangkit semula. Paling malang pun, kita masih boleh berpaut pada akar pokok untuk membantu kita bangkit seterusnya meneruskan pendakian.
Namun, kita tidak akan berpeluang untuk mengenali erti penat lelah, kesusahan dan juga rasa menghargai makhluk lain yang wujud selain kita sekiranya jalan yang kita pilih untuk sampai ke puncak adalah dengan menggunakan helicopter. Kita tidak nampak kesusahan mereka untuk mereka bentuk sebuah helicopter. Kita hanya tahu menggunakan helicopter tersebut demi menawan puncak gunung dengan mudah. Dan yang paling malang, sekiranya helicopter tersebut terhempas, tiada lagi harapan untuk kita bergantung apatah lagi harapan untuk sampai ke puncak!
Begitulah juga dalam kehidupan kita. Terdapat banyak jalan yang terbentang di depan mata kita yang dapat kita pilih untuk menuju kejayaan. Ada jalan mudah dan singkat dan ada juga jalan yang sukar lagi berbahaya. Jalan manakah kita akan pilih? Pastinya jalan yang paling senang menjadi pilihan. Tapi kita tak sedar bahawa jalan yang sukar itu sebenarnya adalah jalan yang terbaik, yang jarang sekali orang nampak akan kelebihannya.
Jalan yang singkat selalunya hanya membawa kebahagiaan atau kejayaan untuk sekejap waktu sahaja. Dan selalunya kejayaan yang kita tempa melalui jalan yang singkat lebih membosankan dan kita kurang menghargai insan sekeliling kita yang tanpa kita sedari sebenarnya mereka juga penyebab kepada kejayaan kita. Kita juga tidak dapat menilai hati-hati insan yang berada bersama kita di sepanjang perjalanan kita kerana masa yang terlalu terhad untuk mendalami isi hati masing-masing.
Sedangkan kalau kita memilih jalan yang sukar dan penuh cabaran, kita akan lebih menghargai insan sekeliling kita yang memberi sokongan, memberi inspirasi dan mengiringi kita dalam menuju kejayaan. Kita juga dapat menilai siapa yang menghulur bantuan dan sokongan dikala kita terjatuh atau hampir berputus asa. Kejayaan yang kita kecapi juga terasa berbaloi dengan penat lelah, pengorbanan dan cabaran yang kita lalui. Ini menjadikan kejayaan tersebut terasa lebih manis dan sangat berharga.
Apabila kita telah sampai ke puncak gunung, pasti kita berasa lega, bangga dan gembira. Namun, kita perlu ingat bahawa kejayaan tersebut bukan bermakna perjalanan kita telahpun berakhir. Juga bukan bermakna kejayaan itu milik kita selama-lamanya kerana kita perlu meneruskan pengembaraan untuk turun dari puncak gunung dan kembali ke rumah pula!
Akhir sekali, kita perlu ingat bahawa kejayaan ke puncak gunung tersebut bukanlah pengembaraan terakhir, masih banyak puncak gunung lain yang belum ditawan. Bukan kerana tamak, hanya kerana setiap pengembaraan ke puncak gunung yang lain adalah berbeza keindahan puncaknya, cabarannya, suasananya laluannya dan juga makhluk sekelilingnya.
Begitu juga bila kita sudah berada di puncak kejayaan, raikanlah ia hanya sekadar sahaja kerana masih banyak impian lain yang belum terlaksana. Jangan terlalu bangga dengan kejayaan yang kita gapai kerana kejayaan itu bukanlah milik kita untuk selama-lamanya. Sentiasa semat di hati bahawa hidup ini ibarat roda, kadang-kala kita berada di atas, kadang-kala di bawah.
Jangan bersedih sekiranya kita terpaksa meninggalkan puncak jaya itu, bersyukurlah kerana kita pernah mengecapinya. Kita hanya perlu teruskan perjalanan mengejar impian lain yang masih menunggu untuk digapai. Teruskan, jangan berputus asa kerana pengembaraan itu tidak pernah berakhir selagi impian terakhir belum tercapai. Impian terakhir itu ialah kehidupan di syurga yang kekal abadi.
Farhan Azmi
14.9.12
RM9.50 to RM95
Hey. Thanks for visiting again.
Today I was in KL and met Marc, a certified translator. I need to translate all my documents for the school registration and for the visa as well.
May I proceed in Bahasa? hahaha.
Kelakarnya semalam, saya dah buat kira-kira. Kononnya sehelai dokumen yang hendak diterjemahkan tu harganya dalam lingkungan RM8-RM10. Tiada masalah sangat sebab dokumen yang saya ada cuma dalam 13 helai. Saya ingat harganya lebih kurang RM200 sahaja. Tetapi.....
Bila saya berjumpa dengan Marc,(umur dia sama je dgn saya) saya memberi semua dokumen yang saya nak translate kan. Jadi dia pun meneliti satu persatu. Jeng jeng jeng.. Tiba masa untuk berbincang pasal bayaran. Saya takde masalah, takat RM200 tu Insyaallah boleh bayar. Bila dia kata "ok, bayaran maksimum untuk satu dokumen ialah RM95". perrghhhh! nak berdarah hidung.. hukhukhuk. tapi saya control je. Sah-sah sampai Germany nanti aku terus kering. Kena tapau megi la bawak pergi sana. haha.
Jadi 4 dokumen yang panjang dia kategorikan RM95. So dah berapa? Kira sendiri. Yang lain-lain tu ada RM45, RM75, siap ada diskaun! Dia kasi 50% off sebab dokumen yg lagi dua tu lebih kurang je format.
Jumlah semua sekali RM1025 untuk menterjemahkan dokumen sahaja. AArrghhh! Boleh beli handphone baru. ^^. Tapi takpe, berjuang mesti berkorban dan pasti terkorban kan? Alhamdulillah, saya dah buat down payment sbyk RM500(deposit moto ni!!) dulu. Kesemua dokumen tu akan siap diterjemah pada minggu hadapan hari Jumaat.
Alang-alang dekat KL, saya pergi ambil gambar untuk permohonan VISA. Malas dah nak ulang-alik.
Lepas ambil gambar, terus balik rumah dan update blog.
Thanks guys.
Farhan Azmi
13.9.12
Motivation Letter
Assalamualaikum and good day to all of you. I want to share my motivation letter with you guys. So here it is, English version. Don't for get to write your opinion ok? Nice day all of ya!
^^.
Farhan Azmi
11.9.12
"good news! "
Hai semua! Harap anda sihat je. Hari ni sya nk guna bhsa kg je. sng sikit nak kongsi cerita dan lebih mesra dgn pembaca. kan kan kan?? tpi nnt dgr mcm org tak matang pulak. dah 21 tpi mcm umur 15 thun lgi. haha. sori berleter panjang. nak cerita la ni.
Hari ni aku bangun awal dlm pkul 5 pagi. Sebenarnya pukul 2. tak boleh tido kot. biasala bila dah excited. mcm korg dkt sekolah dulu kan, nk gi rombongan ke, pertandingan , msti tak leh tido. so benda yg sama berlaku last night. takde keje lain dah tgok tv je smpi ke pagi. So pkul 6 tu aku gerak ke KTM dan mengambil tren pkul 7 ke KL. Disebabkan aku ni seorg yg baik, aku mempelawa seorg akak ni (adik kot) duduk, kesian la dia nk berdiri.. aku smpi KL lebih kurg pkul 8. nak pergi kampus dulu. tapi still awal. Sarap lu dkt Dunkin Donuts.. Haa, nak sgt kan. Sekali sekala breakfast mahal. makan makan makan, tgok jam dah nk dkt 8.30. rushing la masa tu.
Perrghh. Hari ni lrt pulak ada masalah. Delay lama juga. Ada masalah dkt stesyen kg baru. dia la kata. jadi tren yg dari arah kelana jaya ke gombak ni sume stuck. berhenti lama jugaklah dkt kl sentral. smpikan org tak boleh naik atas sbb dah penuh org dkt atas platform tu. huh! dah fed up tgu, aku klua gi amek KTM. tapi sakit la sikit sebab kena jalan dari stesen bank negara smpi UniKL. sakit kaki yg msa kat Kota Bharu tu pun tak habis lagi. haish!
Perrghh. Hari ni lrt pulak ada masalah. Delay lama juga. Ada masalah dkt stesyen kg baru. dia la kata. jadi tren yg dari arah kelana jaya ke gombak ni sume stuck. berhenti lama jugaklah dkt kl sentral. smpikan org tak boleh naik atas sbb dah penuh org dkt atas platform tu. huh! dah fed up tgu, aku klua gi amek KTM. tapi sakit la sikit sebab kena jalan dari stesen bank negara smpi UniKL. sakit kaki yg msa kat Kota Bharu tu pun tak habis lagi. haish!
tujuan aku ke kampus sebenarnya nak re-print result slip sem 2. yg ori aku pi tauk(letak) mana ntah. dah melayang 20 hinggit. mhmm, nk buat lagu mana. kena print jugak la. dah tu aku trus gi embassy. smpi sana, berpeluh2. smpi org tu tanya. cuak ka? haha. klaka. aku jalan kaki dari klcc nun mai embassy. dia igt dkt ka apa. masuk ja office jumpa dgn satu family ni. dia buat visa juga. anak dia dua² org buat master, sorg dkt frankfurt,sorg dkt Hamburg.! ada la kwn aku nnt dkt hamburg. hehe.
Embassy Of The Federal Republic Of Germany |
Serious ckap! layanan kurg memuaskan oleh staff amoi ni. muka masam.! dah tu tanya mcm nak marah je. nsib baik la tahap kesabaran aku ni tahap gaban. klu tak mmg nk marah balik. tapi tak boleh, satgi aku tak dpt visa mampuih aku. haha. Dia kata duduk dulu, nnt cakap trus dgn konsulat. huh! sbb aku ni special case! nak kata aku ni apply visa student pon tak, family reunion? muka aku ni ada darah kacukan jerman ka? haha. so aku tgu la dlm 20 minit. lpas tu dpt explain dkt konsulat tu benda apa yg aku nk buat sbnrnya dkt germany nnti.
ALHAMDULILLAH! dia kata ok. tapi aku kena dptkan surat pengesahan dari org yg nak hostkan aku tu. dan juga surat motivasi(ni dok tgh buat). dan lepas tu esok atau lusa kena pergi dkt dia balik. penat la aku cmni. hari² nk kena travel dari klang ke kl. haha. tapi takpa. demi mendapatkan VISA, klu office dkt Johor, dari perlis pun aku sgup dtg. :p
balik dari embassy aku trus ke goethe institut yg terletak seberang jalan je. aku dah dftar utk mengambil peperiksaan A1. RM280. tpi jgn risau la. kacang je tu. aku boleh buat punya. test tu pada 8.10.12 (hari jadi FIRA) So wish me luck k!
Lufthansa Airplane model in Goethe Institute |
Ok lah. ni nak fikir lagi mcm mana nak mantapkan motivation letter. klu ada apa² cadangan jgn lupa komen ok? Tak best lah blog takda komen. hehe. Ok bye! Tschüß!
waiting for the train to klang |
8.9.12
"TAKUT??!!"
Itulah perasaan yang sedang menguasai diriku skrg ni. Apatah lagi apabila aku mendapat berita yang kurang baik. Malam tadi aku telah menelefon pejabat sekolah tersebut dan memberitahu hasratku untuk menyambung pengajian di situ. Apabila memberitahu kelayakan yang aku miliki, dia memberitahu semuanya bagus. Tetapi apabila aku ditanyakan soalan "Adakah awak mempunyai pengalaman bekerja selama 2 tahun?" Aku terdiam seketika. Aku memberitahu bahawa aku pernah bekerja selama setahun tetapi ianya terlalu singkat. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku pada masa itu. Skrg aku sibuk mencari sekolah yang lain. Mungkin syarat-syarat mereka boleh aku penuhi dan disamping itu mencari pekerjaan di sana. Ya, aku tidak akan mudah mengalah. Mungkin itulah yang harus ditempuhi apabila membuat sesuatu keputusan yang amat besar.
Aku masih mempunyai beberapa pilihan. Bekerja selama 2 Tahun di sana dan kemudian Abitur dan meneruskan pengajian. Mungkin masanya agak lama, tetapi....
Bak kata orang, kejayaan tidak datang bergolek. Alhamdulillah, rmi yang ingin membantu aku untuk mendapatkan kerja. Dan selagi mana aku mempunyai tempat tinggal di sana, adalah tidak mustahil untuk aku mendapatkan VISA. Apabila berada di sana nanti, aku akan cuba yang terbaik dan membawa pulang kejayaan pada suatu hari nanti.
Apa yang aku perlukan skrg hanyalah berdoa agar semuanya akan berjalan dgn lancar. Aku tidak mahu lagi melakukan kesilapan yang pernah aku lakukan dahulu. Cukup sekali! Kali ini aku harus meyakinkan kedutaan Germany bahawa aku mampu untuk meneruskan kehidupan di sana. Ya Allah! Betapa gemuruhnya perasaan aku sekarang ini.
Semoga pada hari isnin nanti, aku akan menerima berita baik dari kedutaan. Insyaallah.
Salam
Farhan Azmi
7.9.12
Hari Pertama
Hari ni saya telah pergi ke Goethe Institute Malaysia yang terletak di Menara See Hoy Chan, Jalan TunRazak, Kuala Lumpur. Tujuan utama saya adalah untuk mendaftar supaya saya dapat menduduki peperiksaan Bahasa German Level A1 pada 8 Oktober nanti. Saya memerlukan sijil tersebut untuk membantu saya dalam permohonan VISA.
Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur |
Sebelum itu saya tidak pasti sama ada saya akan mengambil peperiksaan A1 atau A2. Setelah berbincang dengan Ketua Bahasa di Goethe Institute(GI), saya dinasihatkan supaya pergi ke Kedutaan Jerman terlebih dahulu dan menyatakan hasrat saya untuk ke sana. Sebelum ni saya pernah lihat di laman web kedutaan bahawa mereka memerlukan sekurang-kurangnya sijil bahasa jerman A1. Mujurlah ada yang sudi untuk menjadi keluarga angkat saya di sana. Kalau tidak saya diharuskan untuk mempunyai 8000 Euro di dalam akaun bank atau bersamaan RM24000.
Saya telah dinasihatkan supaya memberitahu pihak kedutaan bahawa saya akan pergi ke sana bukan sebagai seorang pelajar universiti, tetapi saya akan tinggal bersama dengan satu keluarga dan akan ke sekolah tinggi untuk melakukan Abitur. Ini untuk mengelakkan daripada salah faham dan pengeluaran visa yang salah. Jika mereka mengeluarkan Student VISA, saya tidak dibenarkan untuk ke sekolah dan hanya boleh mengambil kursus bahasa sahaja. Jadi saya akan melakukan yang terbaik untuk memperoleh VISA yang membolehkan saya untuk melakukan Abitur.
Insyaallah, hari Isnin nanti saya akan ke kedutaan dan menyatakan hasrat saya untuk ke Germany. Semoga saya mendapat kekuatan dan tidak melakukan kesalahan sewaktu di temu duga nanti.
Semoga berjaya Farhan! ewaaaah...! hehe.
Viele Grüße/ Best Regards
Farhan
Semoga berjaya Farhan! ewaaaah...! hehe.
Viele Grüße/ Best Regards
Farhan
6.9.12
Permulaan...
Assalamualaikum kawan² dan kepada sesiapa yang mengenali saya.
Alhamdulillah, setelah tiga tahun berlalu, peluang yang saya tunggu-tunggu telah muncul.
Tetapi keputusan yang dibuat bukanlah mudah. Saya terpaksa berhenti daripada meneruskan pelajaran di Universiti Kuala Lumpur setelah setahun setengah. Ada yang berpandangan bahawa ianya amat rugi. Bagi saya, ianya adalah suatu titik perubahan dan permulaan kepada apa yang saya suka. Betul, saya mempunyai pointer yang sangat bagus dan ada yang mengatakan saya harus meneruskan pengajian. Tetapi tidak bermakna jika saya tidak melakukan perkara yang betul-betul saya minat.
Sekarang ini saya sudah mengisi borang untuk menarik diri dari pengajian tetapi masih belum dihantar.
Ketika saya mendapat tahu bahawa saya boleh melakukan Abitur(Peperiksaan Akhir Sekolah di German), pada ketika itu saya berhenti seketika dan berfikir sejenak. Adakah saya perlu meneruskan pengajian saya di sini atau mengambil peluang yang telah lama saya idamkan? Saya perlu membuat satu keputusan yang baik. Lebih-lebih lagi, ini adalah keputusan yang paling besar yang pernah saya hadapi. Sebelum ini saya banyak tersalah langkah. Tapi saya berharap tidak kali ini. Setelah berbincang dengan keluarga dan rakan-rakan, saya sedar bahawa keputusannya saya yang akan tentukan. Jadi saya telah memilih untuk ke sana. Mak kata, terpulang kepada saya. Apa yang terbaik untuk saya,maka baiklah untuk dia.
Sekarang saya sedang sibuk melakukan persiapan untuk mendapatkan VISA. Saya bernasib baik kerana rakan saya di Jerman sudi untuk membantu saya. Saya akan tinggal di rumahnya tanpa perlu membayar sewa. Cuma saya agak takut jika permohonan saya tidak diterima oleh Kedutaan Jerman. Jika tidak mungkin saya akan terus di sini dan meneruskan pengajian. Tetapi selepas saya mendapat nasihat dan pengalaman dari rakan-rakan, Insyaallah semuanya akan berjalan lancar. Esok saya akan mendaftar di Goethe Institute Kuala Lumpur untuk mengambil peperiksaan Bahasa Jerman. Peperiksaan tersebut akan dilakukan pada 8.10.12. Doakan saya ok?! ^^
Perasaan saya sekarang sedang bercampur baur. Gembira, sedih dan takut. Perasaan yang tidak boleh digambarkan. Terima Kasih kepada rakan-rakan yang menyokong keputusan saya dan memberi semangat. Saya tidak akan lupa anda semua.
p/s: maaflah bahasa terlalu skema. baru ber"blog". lepas ni insyaallah lebih funky. ^^
Subscribe to:
Posts (Atom)